Ads
EPL
Manchester United

Man United terpaksa berhempas pulas di Bramall Lane sebelum menewaskan pasukan tercorot EPL, Sheffield United awal pagi tadi.

Advertisements

Sebelum perlawanan, The Red Devils dikejutkan dengan berita pemergian legenda mereka, Sir Bobby Charlton pada usia 86 tahun.

Advertisements

Justeru, United mahu mendapatkan kemenangan sebagai tanda penghormatan kepada legenda yang melakar pelbagai pencapaian termasuk Piala Eropah pada 1968 itu.

Advertisements

Advertisements

Babak pertama menyaksikan The Blades memberi tekanan kepada The Red Devils dengan harapan dapat meraih gol awal.

Itu tidak berlaku dengan United mendahului menerusi pemain tengah Scotland, Scott McTominay pada minit ke-28 selepas menerima hantaran kapten Bruno Fernandes.

Advertisements

Belum sempat pelawat meraikan gol pendahuluan mereka, tuan rumah dianugerahkan sepakan penalti.

Ini selepas bola The Blades terkena tangan Scott McTominay dalam kotak penalti dan keputusan tersebut turut disahkan oleh VAR.

Oli McBurnie tenang menyempurnakan penalti menewaskan Andre Onana pada minit ke-32 bagi memastikan keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol kemenangan. The Blades beberapa kali menguji pertahanan United tetapi percubaan mereka tidak berhasil.

Sebaliknya, giliran pelawat pula meraih gol kemenangan yang dicari pada minit ke-77.

Bek kanan Portugal, Diogo Dalot mengawal bola yang dihantar Victor Lindelof sebelum melepaskan rembatan cantik menuju ke penjuru atas gawang tuan rumah.

Keputusan 2-1 ini membolehkan mereka memintas West Ham ke tangga kelapan liga dengan 15 mata daripada sembilan perlawanan.

Sementara The Blades pula terus ketinggalan di tangga tercorot liga dengan satu mata.

Selepas ini, United bakal berdepan pendahulu liga dan jiran setempat, Manchester City di Old Trafford pada 29 Oktober ini.

Advertisements

Manakala The Blades pula berharap mereka tidak menjadi mangsa belasahan Arsenal di Stadium Emirates pada 28 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram