EPL: Man Utd Raih Kemenangan Berharga Ke Atas Everton
EPL
MakanBola
Manchester United
Advertisements

Man Utd memperkukuh cengkaman di tempat ketiga EPL hari ini. Ini selepas anak-anak buah Erik ten Hag berjaya mengalahkan Everton 1-0 di Old Trafford dalam perlawanan awal Liga Perdana Inggeris (EPL) hari ini.

Separuh masa pertama menyaksikan Red Devils gagal menyudahkan deretan peluang menembusi gawang Toffees. Peluang terbaik mereka hadir pada minit ke-12 menerusi bek kanan Aaron Wan-Bissaka.

Advertisements

Selepas menerima hantaran daripada Bruno Fernandes, Antony melepaskan sepakan lencong yang mengenai tiang. Bola yang terpantul cuba disepak graduan akademi Crystal Palace itu tetapi percubaannya tersasar.

United juga menghela nafas lega kerana Everton gagal memanfaatkan peluang terbaik mereka tujuh minit selepas itu. Selepas berjaya melepasi pertahanan Red Devils diketuai Harry Maguire, Ellie Sims merembat ke arah gol yang dikawal David de Gea tetapi percubaannya tersasar.

Advertisements

Tetapi akhirnya, kekebalan barisan pertahanan Toffees bocor juga pada minit ke-36 menerusi Scott McTominay. McTominay menyudahkan hantaran Jadon Sancho menewaskan Jordan Pickford bagi meletakkan Red Devils di hadapan.

Gol itu juga merupakan gol pertama pemain tengah Scotland itu sejak Disember 2021. United menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 1-0 dan 21 percubaan gol.

Dengan dominasi sebegitu rupa, ia dteruskan United pada babak kedua. Tetapi dengan Red Devils memerlukan gol kedua, ten Hag memasukkan Anthony Martial menggantikan Antony.

Advertisements

Percaturan bekas jurulatih Ajax Amsterdam itu berbaloi apabila Martial menyumbat gol kedua pada minit ke-71. Kesilapan Seamus Coleman mengawal bola segera direbut Marcus Rashford sebelum melorongkannya kepada Martial untuk menewaskan Pickford.

Di sebalik usaha Everton memburu gol bagi merapatkan kedudukan, United memastikan keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Begitupun, berita buruk buat United apabila Rashford terpaksa digantikan oleh Wout Weghorst selepas mengalami kecederaan.

Advertisements

Red Devils perlu berharap kecederaan tersebut tidak serius memandangkan mereka bukan saja memburu slot kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tetapi juga saingan Liga Europa dan The Emirates FA Cup.

Kemenangan ini memastikan United mengutip 56 mata di tangga ketiga EPL. Sementara Everton pula menduduki tangga ke-16 dengan 27 mata dengan potensi diheret kembali ke zon penyingkiran.

Advertisements

Selepas ini Red Devils bakal berdepan Nottingham Forest di City Ground pada 16 April ini. Manakala Everton pula berdepan Fulham di Goodison Park pada 15 April.

News Comments Account