EPL: Manchester City Gah Baham Aston Villa
EPL
Manchester City
Advertisements

Manchester City berjaya menundukkan cabaran Aston Villa dengan kemenangan bergaya di Stadium Etihad.

Anak buah Pep Guardiola tampil dominan dengan penguasaan bola seperti kebiasaan dan kali ini Phil Foden muncul watak penting pasukan.

Rodri membuka tirai jaringan buat City seawal minit ke-11 perlawanan setelah menyempurnakan bola hantaran Jeremy Doku.

Advertisements

Tersentak dengan gol tersebut, Aston Villa cuba mengasak kembali dan meraih gol penyamaan Jhon Duran 9 minit kemudian.

Sebelum tamat babak pertama, Phil Foden kembali meletakkan City dihadapan menerusi jaringan pada masa tambahan.

Phil Foden sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-62 hasil bola hantaran pemain tengah, Rodri.

Advertisements

Malam gemilang buat Phil Foden apabila melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-69 dan menutup peluang untuk Aston Villa untuk bangkit.

Tamat perlawanan, Manchester City gah membaham Aston Villa 4-1 untuk meraih 3 mata penting dalam mengejar Arsenal dan Liverpool bagi kedudukan pertama liga.

Kemenangan ini menyaksikan City mengumpul 67 mata dan dibezakan 1 mata dengan pendahulu sementara, Arsenal.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram