Advertisement
EPL: Manchester City Tenang Tumbangkan Sheffield United
EPL
MakanBola
Manchester City

Manchester City mudah menewaskan Sheffield United dilaman sendiri dengan jaringan 2-0.

Julian Alvarez tampil mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Erling Haaland dibahagian serangan pasukan.

City membuka jaringan seawal minit ke-14 perlawanan menerusi Rodri yang mudah merembat masuk bola hantaran Phil Foden.

Sheffield turut mempunyai beberapa peluang berbahaya hasil percubaan Osula namun gagal menerjah gawang.

Bersambung babak kedua, City meneruskan dominasi penguasaan bola sekali gus menyukarkan binaan serangan daripada Sheffield United.

Julian Alvarez kemudian menjaringkan gol kedua perlawanan pada minit ke-61 setelah menerima bola daripada Phil Foden.

City jelas lebih kerap melakukan serangan apabila merekodkan 18 percubaan dalam perlawanan ini namun hanya 4 percubaan tepat yang mampu dihasilkan.

Tamat perlawanan, Manchester City mengalahkan Sheffield United 2-0 untuk meraih 3 mata berharga dan kini mereka berada ditangga kedua dengan 40 mata.