Manchester United cemerlang dalam satu aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton dengan kemenangan besar 4-0 di Old Trafford.
Manchester United bermula garang selepas berjaya menjaringkan gol pertama menerusi satu sepakan sudut pada minit ke-33. Tendangan deras Marcus Rashford ditampan pertahanan Everton lantas mengelirukan penjaga gawang pasukan pelawat.
Joshua Zirkee menggembirakan kem United selang 7 minit kemudian selepas tekanan diberikan Amad dari sebelah kanan berjaya menjerat Everton. Hantaran Bruno Fernandes berjaya disudahkan pemain muda berumur 23 tahun tersebut menjadikan kedudukan 2-0 memihak tuan rumah.
Bersambung babak ke-2, Manchester United menggandakan jaringan seawal minit pertama separuh masa ke-2 selepas serangan balas United berjaya disudahkan Marcus Rashford.
Joshua Zirkee sekali lagi menjadi wira buat United selepas berjaya menjaringkan gol ke-4 pada minit ke-63 menerusi gerakan awal penuh bertenaga dari Amad.
Perlawanan berakhir dengan keputusan 4-0 memihak Manchester United.
Manchester United bakal berhadapan ujian lebih getir Khamis ini berhadapan Arsenal di Stadium Emirates, London.