Manchester United mudah menundukkan Brenford menerusi kemenangan bergaya 3-0 di Old Trafford menerusi jaringan Bruno Fernandes, Cristiano Ronaldo dan Raphael Varane.
Bruno Fernandes menjaringkan gol pembukaan perlawanan seawal minit ke-9 sekaligus memperoleh jaringan ke-50-nya di Liga Perdana Inggeris.
Bersambung separuh masa ke-2, Cristiano Ronaldo menggadakan jaringan Manchester United menerusi sepakan penaltinya pada minit ke-61.
Raphael Varane peroleh jaringan pertamanya bersama Manchester United pada minit ke-72 sekaligus menjadikan kedudukan 3-0 memihak kepada tuan rumah.
Manchester United kini kembali menghidupkan peluang untuk beraksi di Liga Juara-juara UEFA berbaki 2 lagi perlawanan dan Brighton dan Crystal Palace menjadi ujian terakhir United untuk mengutip mata maksimum.
Sementara itu Arsenal dan Tottenham berkelebihan untuk menghuni tangga ke-4 dan 5 Liga Perdana dengan kedua-dua pasukan memiliki kelebihan baki 4 perlawanan.