Manchester United Ingin Dapatkan Boubacar Kamara
Transfer
Twitter (@boubaKamara_4)
Advertisements

Manchester United berada pada kedudukan terbaik untuk membawa masuk pemain tengah Marseille, Boubacar Kamara sama ada secara pra-kontrak atau yuran perpindahan rendah. Ini kerana pesaing United, AS Roma juga meminati Kamara tetapi bergelut untuk menawarkan pakej kewangan melebihi Red Devils.

Ini sudah pasti merosakkan agenda bekas pengurus United, Jose Mourinho yang mahu memantapkan Giallorossi untuk baki saingan Serie A musim ini. Ketika ini, Roma menduduki tangga keenam liga, 14 mata di belakang pendahulu Inter Milan.

Kamara yang boleh diturunkan sebagai bek tengah telah bermain 15 perlawanan musim ini dan menjaringkan satu gol. Keberkesanannya sebagai jeneral tengah Marseille diterjemahkan dalam bentuk tempat ketiga Ligue 1 musim ini. Marseille juga masih berpeluang merebut kejuaraan Liga Konferens Eropah (ECL) dan Piala Perancis.

Advertisements

Bakatnya sudah diketahui ramai pemain Marseille sejak tujuh tahun lalu. Menurut bekas bek tengah kelab Rolando, mereka merasa kagum melihat bakat Kamara di padang latihan. Pada ketika itu, graduan akademi Les Olympiens itu baru berusia 15 tahun. Tidak hairanlah mengapa banyak kelab mengintai khidmat Kamara termasuk Manchester United dan AS Roma.

Untuk jendela perpindahan Januari, Kamara bebas berbincang dengan mana-mana kelab dan memeterai pra-kontrak dengan kelab pilihannya. Tetapi mengikut laporan akhbar La Republica, Roma bersedia membayar yuran perpindahan kepada Marseille untuk mendapatkan khidmatnya. Ini dijangka merumitkan usaha Ralf Rangnick untuk menambahbaik skuad Red Devils bulan ini.

Bagaimanapun, tindakan tersebut pasti akan mencetuskan usaha pantas United mendapatkan Kamara. Ini kerana pemain tengah muda itu tahu minat United terhadap khidmatnya. Kamara boleh saja dijanjikan gaji lebih lumayan tetapi peluang beraksi di Old Trafford. Dan Red Devils juga boleh menyaingi setiap bidaan La Magica sekiranya perang bidaan tercetus. Senario ini pasti memaksa Mourinho beralih kepada sasaran lain seperti Franck Kessie dan Angel di Maria.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram