Ads
EPL
Manchester United

Manchester United tewas mengejut 0-1 menentang Crystal Palace bagi aksi liga setelah bertemu pasukan sama sebelum ini dalam pertandingan Piala Carabao.

Advertisements

United mengekalkan 7 muka sama dari perlawanan sebelumnya dan memulakan Victor Lindelof, Bruno Fernandes, Marcus Rashford dan Rasmus Hojlund untuk perlawanan ini.

Advertisements

Hanya 5 pemain sama dikekalkan Crystal Palace untuk perlawanan ini manakala 3 pemain pertahanan ditukar termasuk penjaga gol, Sam Johnstone menggantikan Dean Henderson.

Advertisements

Advertisements

United bermula perlahan dalam perlawanan ini namun masih mampu mendominasi permainan. Hojlund mempunyai peluang pada minit ke-12 perlawanan namun Mitchell menggagalkan percubaan itu.

Disebalik penguasaan bola daripada United, Crystal Palace berjaya memanfaatkan situasi bola mati apabila rembatan kencang Joachim Andersen berjaya menewaskan Andre Onana pada minit ke-25 permainan.

Advertisements

Serangan United sedikit tumpul untuk babak separuh masa pertama merencatkan lagi perancangan mereka menyamakan kedudukan.

Bermula separuh masa kedua, United cuba untuk menggandakan asakan menerusi beberapa pemain seperti Bruno Fernandes dan Casemiro namun gagal menerjah gawang.

Alejandro Garnacho, Christian Eriksen, Anthony Martial dan Donny Van de Beek dibawa masuk pada babak kedua untuk memberikan kelainan pada jentera serangan United.

United jelas mengawal perlawanan apabila merekodkan 77% penguasaan bola dan memiliki 19 percubaan ke arah gawang gol Crystal Palace namun tiada sebarang gol yang dapat dihasilkan.

Advertisements

Tamat perlawanan, Manchester United tewas 0-1 kepada Crystal Palace dilaman sendiri dan kini United telah tewas 4 kali dalam 7 perlawanan liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram