Newcastle United tampil aksi memukau apabila menewaskan Chelsea 4-1 untuk mendaki tangga 6 teratas liga.
Chelsea menurunkan bintang utama seperti Raheem Sterling, Enzo Fernandes dan Marc Cucurella dalam perlawanan ini.
Newcastle yang sebelum ini mengalami isu kecederaan pemain pula tampil menurunkan trio Miguel Almiron, Alexander Isak dan Anthony Gordon.
Isak membuka akaun jaringan pada minit ke-13 perlawanan setelah mudah menyempurnakan hantaran L. Miley.
Chelsea kemudian bangkit mengikat kedudukan apabila Sterling menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang membuat penjaga gol Newcastle tercengang.
Bersambung babak kedua, pertahanan Newcastle iaitu Jamal Lascelles kembali meletakkan pasukan dihadapan hasil tandukan berbisa beliau pada minit ke-60.
Tidak sempat pemain Chelsea menelan situasi gol kedua Newcastle, Joelinton tampil menambah duka apabila menjaringkan gol ketiga seminit kemudian.
Malang berganda buat Chelsea apabila pertahanan Reece James pula dilayangkan kad merah setelah mengutip 2 kad kuning sewaktu perlawanan memasuki minit ke-73.
Anthony Gordon kemudian melengkapkan malam gemilang Newcastle menerusi jaringan pada minit ke-83.
Tamat perlawanan, Newcastle menang 4-1 ke atas Chelsea dan kini Newcastle menduduki tangga ke-6 liga manakala Chelsea kekal berada ditangga ke-10 liga.