Manchester United hampir mengejutkan Liverpool di gelanggang keramat Stadium Old Trafford namun penalti pada hujung permainan mengubah segalanya.
Anak buah Erik Ten Hag turun dengan misi besar bagi menamatkan kemarau kemenangan setelah mensia-siakan dua perlawanan terakhir dengan keputusan seri dan kalah.
Liverpool pula mencari 3 mata berharga bagi menghidupkan peluang memburu kejuaraan liga disamping membalas kembali kekalahan kepada United dalam aksi Piala FA tempoh hari.
Luis Diaz menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-23 setelah menyambut baik bola hantaran Darwin Nunez.
Aksi separuh masa pertama seakan-akan menjadi milik Liverpool apabila United gagal mencatatkan sebarang percubaan ke arah gawang gol lawan.
Memasuki babak kedua, Bruno Fernandes menceriakan penyokong The Red Devils apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-50.
Pemain meningkat naik United, Kobbie Mainoo kemudian berjaya menjaringkan gol kedua buat United pada minit ke-67 menerusi bola hantaran Aaron Wan-Bissaka.
Jaringan penalti Mohamed Salah pada minit ke-84 akibat kekasaran Wan-Bissaka menjadikan kedudukan terikat seri.
Tamat perlawanan, Manchester United dan Liverpool meraih keputusan seri 2-2 sekaligus berkongsi 1 mata dalam kempen liga.
Liverpool berkongsi mata dengan Arsenal dengan 71 mata dan berada ditangga kedua liga manakala United kekal ditangga ke-6 dengan mengumpul 49 mata.