EPL Pertimbang Lancar Platform Persis Netflix
MakanBola
Manchester City

Liga Perdana Inggeris (EPL) menimbang cadangan melancarkan platform penyiaran persis Netflix.

Sportbible melaporkan cadangan tersebut dibuat bertujuan membenarkan penyokong menonton semua perlawanan liga mengikut pilihan mereka.

Perkhidmatan itu dilaporkan hanya mengenakan caj sebanyak £10 (RM52.70) dan akan dilancarkan di 188 buah negara.

Perkhidmatan ini juga termasuk akses kepada semua perlawanan dari musim-musim terdahulu. Ini membantu EPL membina arkib penuh perlawanan.

Idea ini dilaporkan Versus sudah mula menjadi bualan kelab-kelab EPL sejak musim 2024/25. Langkah ini mula direalisasikan dengan EPL menamatkan kerjasama dengan syarikat media IMG,

IMG sebelum ini bertanggungjawab menghasilkan dan menyiarkan semua kandungan media EPL ke 180 buah negara.

Kerjasama kedua-dua entiti ini akan berakhir pada akhir musim 2025/26. Setelah itu, EPL akan mewujudkan sebuah syarikat produksi sendiri untuk menguruskan semua kandungan media mereka.