EPL Teruskan Tradisi Rehat Buka Puasa
MakanBola
Manchester United

Liga Perdana Inggeris (EPL) meneruskan tradisi rehat buka puasa sempena kedatangan bulan Ramadan.

Secara ringkas, rehat buka puasa ialah tempoh di mana permainan dihentikan seketika bagi memberi ruang kepada pemain atau pegawai perlawanan Muslim berbuka puasa.

Sebelum perlawanan, kapten kedua-dua pasukan dan pengadil akan mencari tempoh masa sesuai untuk pemain atau pegawai perlawanan Muslim berbuka puasa.

Selain itu, kapten dan pengadil juga akan menentukan tempoh masa diperlukan untuk berbuka puasa,

BBC Sport melaporkan EPL dan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) meneruskan tradisi yang dimulakan pada 2021.

Tempoh rehat buka puasa pertama dalam EPL berlaku pada April 2021 dalam perlawanan antara Leicester City dan Crystal Palace.

Perlawanan dihentikan seketika bagi memberi ruang kepada bek tengah The Foxes ketika itu, Wesley Fofana dan pemain tengah The Eagles, Cheikhou Kouyate berbuka puasa.

Sepanjang Ramadan, kelab-kelab bola sepak berusaha memberi sokongan kepada pemain Muslim. Ini termasuk menyediakan juadah berbuka puasa dan mengubah jadual latihan pasukan.