EPL: Wolves Gah Benam Cabaran Chelsea
EPL
Premier League
Advertisements

Prestasi tidak konsisten Chelsea terus menghantui musim mereka apabila tewas 2-1 kepada Wolves di Molineux hari ini.

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino berharap Chelsea dapat meneruskan rentak positif selepas mara ke separuh akhir Piala EFL pada pertengahan minggu ini.

Manakala pengurus Wolves, Gary O’Neill berharap anak buahnya dapat bangkit selepas tewas 3-0 di tangan West Ham United di Stadium London pada minggu lepas.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan pelawat mendominasi tuan rumah pada peringkat awal. Ini memaksa barisan pertahanan Wolves diketuai kapten, Max Kilman bekerja keras mengekang asakan The Blues.

Chelsea mendapat peluang keemasan untuk mendahului pada minit ke-38 menerusi pemain sayap England, Raheem Sterling.

Sterling merampas bola daripada pertahanan Wolves sebelum merembat ke arah gol. Bagaimanapun, percubaan itu berjaya ditepis Jose Sa sebelum beliau menafikan percubaan susulan Sterling.

Advertisements

Kegagalan Sterling memanfaatkan peluang tersebut memastikan kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Wolves meningkatkan asakan ke arah kubu pertahanan Chelsea.

Gol yang dicari anak buah O’Neill akhirnya muncul pada minit ke-51 menerusi Mario Lemina. Lemina menanduk hantaran Pablo Sarabia yang menewaskan penjaga gol Djordje Petrovic.

Advertisements

Tersentak, The Blues mula mengatur gerakan serangan bagi mendapatkan gol penyamaan. Malangnya, barisan pertahanan tuan rumah terus kental mematahkan asakan anak buah Pochettino.

Sebaliknya, pemain gantian Matt Doherty menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-93. Penyerang gantian, Christohpher Nkunku memastikan api perjuangan Chelsea masih menyala dengan gol pada minit ke-95.

Pada akhirnya, kemenangan 2-1 kekal memihak Wolves. Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 22 mata dalam liga pada kedudukan ke-10 dan ke-11.

Advertisements

Chelsea seterusnya bakal menentang Crystal Palace pada awal pagi 28 Disember ini. Manakala Wolves pula menentang Brentford pada hari yang sama.

Sofascore memilih Lemina sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.1 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram