Erik Ten Hag Minta Pertolongan
Eropah
Fabrizio Romano
Advertisements

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag memerlukan pertolongan agar pasukan bimbingannya dapat kembali menemui rentak kecemerlangan.

Menurut ciapan wartawan terkenal, Fabrizio Romano, pengurus berusia 53 tahun itu berkata, para peminat setia Manchester United begitu kecewa dengan aksi yang dipamerkan pasukan bimbingannya dan mereka perlu segera bangkit.

“Peminat Man United sangat kecewa dengan kami dan kami perlu membetulkan keadaan”, kata beliau ketika sidang media pra perlawanan.

Advertisements

Beliau juga menegaskan langkah berbeza perlu diambil oleh anak-anak buahnya dan mereka sangat menghargai sokongan peminat yang setiap saat kekal bersama mereka.

“Kami perlu melakukan perkara secara berbeza dan kami amat menghargai setiap masa mereka menyokong kami”, tambah belas pengurus Ajax Amsterdam itu.

Advertisements

Dalam masa yang sama, beliau juga menegaskan tidak menolak sebarang bantuan mahupun pertolongan untuk membantu pasukannya, namun mereka perlu bekerja keras terlebih dahulu bagi meneruskan saingan liga.

“Tetapi sudah tentu kami memerlukan sebarang bantuan. Tetapi pertama sekali, saya dan pasukan perlu melakukannya”, ujar beliau lagi.

Advertisements

Posisi Erik Ten Hag sebagai pengurus Manchester United kini dalam bahaya setelah hanya merakamkan satu kemenangan dalam tujuh perlawanan selain tersingkir awal di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Manchester United kini berada di tangga kelapan liga dengan 28 mata dan bakal menghadapi tentangan sengit anak-anak buah Unai Emery pada perlawanan liga seterusnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram