Ads
Erik Ten Hag & Pemain Man United Hadapi Potongan Gaji Besar-Besaran
Eropah
Manchester United

Pemain-pemain Manchester United kini mendapat berita buruk apabila bakal menerima pemotongan gaji secara besar-besaran pada musim hadapan.

Advertisements

Manchester United menamatkan kempen di tangga ke-8 liga yang merupakan rekod terburuk kelab sejak 34 tahun lalu selain turut tersingkir awal daripada kejohanan Eropah.

Advertisements

Skuad kendalian Erik Ten Hag kini hampir terlepas peluang beraksi di pentas Eropah pada musim hadapan dan wajib menewaskan Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA untuk mendapatkan tiket bermain di Liga Europa.

Advertisements
Advertisements

Menurut laporan The Sun, para pemain United berhadapan dengan pemotongan gaji sebanyak 25% malah ketua jurulatih United, Erik Ten Hag turut tidak terkecuali setelah pasukan tersebut gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Casemiro yang kini menerima gaji tertinggi sebanyak £350,000 seminggu bersamaan dengan RM2.08 juta akan menerima bayaran gaji £262,500 seminggu bersamaan dengan RM1.56 juta untuk musim hadapan.

Advertisements

Bintang akademi United, Marcus Rashford pula akan menerima £225,000 seminggu bersamaan dengan RM1.34 juta setelah pemotongan gaji 25% pada musim hadapan.

Erik Ten Hag yang menerima bayaran £9 juta setahun bersamaan dengan RM53.59 juta ketika ini akan menerima sebanyak £6.75 juta setahun bersamaan dengan RM40.19 juta pada musim hadapan sekiranya beliau kekal melatih The Red Devils.

Manchester United dijangka dapat mengurangkan beban kewangan sebanyak £600,000 bersamaan dengan RM3.57 juta untuk bayaran gaji pemain setiap minggu pada musim hadapan.

Advertisements

Malah United turut melepaskan beberapa pemain Raphael Varane dan Anthony Martial selain khidmat pinjaman Sofyan Amrabat juga tidak akan disambung.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram