Erik ten Hag Salahkan Jadual Padat Punca Rashford Cedera
EPL
MakanBola
@FabrizioRomano
Advertisements

Manchester United ceria mencipta kemenangan berharga 2-0 ke atas Everton dalam perlawanan awal EPL semalam. Tetapi kemenangan tersebut dibayar dengan harga mahal apabila ayam tambatan mereka, Marcus Rashford mengalami kecederaan – satu perkara yang meresahkan pengurus Erik ten Hag.

Rashford yang digantikan Wout Weghorst pada 10 minit terakhir perlawanan kelihatan tidak selesa semasa berjalan ke bilik persalinan. Dan ten Hag mengesahkan penyerang England itu mengalami kecederaan groin dan menyalahkan kepadatan jadual perlawanan atas apa yang berlaku.

Advertisements

“Kita perlu tunggu, ia kelihatan tidak elok. Sekali lagi, disebabkan (kepadatan) jadual perlawanan. Ini tidak boleh (diterima) bahawa anda perlu bermain tiga perlawanan dalam tempoh enam hari.

“Kita perlu melindungi pemain-pemain kita. Semua orang mahu melihat pemain terbaik di atas padang. Semua orang mahu melihat permainan bola sepak yang menarik, hebat seperti hari ini. Tetapi pada masa sama, anda perlukan pemain-pemain terbaik anda,” katanya kepada BT Sport selepas tamat perlawanan.

Advertisements

Kebimbangan ten Hag turut dikongsi oleh legenda Manchester United, Paul Scholes. “Dia (Rashford) amat cemerlang untuk kita musim ini, anda tidak akan tahu tentang Marcus.

“Dia kadang-kadang cenderung untuk terbaring selepas mengalami kecederaan tetapi kemudiannya dapat bangun dan cepat pulih. Saya berharap dia hanya sedikit letih atau mengalami sedikit kekejangan otot,” katanya kepada BT Sport.

Advertisements

Rashford yang membuat penampilan ke-350 bersama Red Devils semalam mencipta satu bantuan gol dengan melorongkan bola kepada Anthony Martial untuk gol kedua perlawanan. Satu lagi gol disumbang oleh Scott McTominay pada babak pertama.

Dengan baki sembilan perlawanan EPL, kempen Liga Europa dan separuh akhir The Emirates FA Cup, United amat berharap Rashford dapat pulih dengan segera. Tetapi ten Hag sekurang-kurangnya boleh menghela nafas lega dengan kepulangan Christian Eriksen daripada kecederaan dan Casemiro daripada penggantungan.

Advertisements

Selepas ini, United bakal berdepan Sevilla untuk perlawanan suku akhir pertama Liga Europa pada awal pagi Jumaat ini. Ia kemudiannya disusuli perlawanan EPL menentang Nottingham Forest di City Ground pada 16 April ini.

Advertisements

News Comments Account