Erling Haaland Beri Petanda Bakal Jadi Tempoyak Di EPL
Dunia
Manchester City
Advertisements

Penyerang baharu Manchester City, Erling Haaland jelas masih tercari-cari rentak bersama pasukan baharunya apabila gagal membantu pasukan membenam Liverpool semalam.

Pemain berusia 22 tahun itu diletakkan dalam kesebelasan utama dan bergandingan bersama Jack Grealish dan juga Riyad Mahrez.

Beliau yang dibawa masuk oleh Pep Guardiola daripada Borussia Dortmund masih tercari-cari rentak terbaiknya apabila tidak mampu menyudahkan peluang terhidang di depan mata.

Advertisements

Haaland jelas bergelut untuk mendapat keserasian dalam pasukan apabila hantaran lintang daripada Joao Cancelo gagal ditampan dengan baik sungguhpun pintu gol sudah terbuka luas.

Bukan itu sahaja, ketika City amat-amat memerlukan jaringan pada masa tambahan, penyerang kebangsaan Norway ini seperti tidak dapat mengawal dirinya apabila bola yang gagal ditangkap dengan kemas itu masih tidak dapat disempurnakan olehnya.

Beliau melepaskan rembatan lalu melewati palang gol yang dikawal Adrian sungguhpun penjaga gol itu sudah pun tertewas.

Advertisements

Haaland terus menjadi bahan di media sosial sambil ada yang menyifatkan ia bakal menjadi satu malapetaka yang buruk buat City.

Ini juga didorong oleh gaya permainan anak didik Pep yang bermain dengan lebih dinamik tanpa kelibat Haaland sebelum ini.

Hal ini menyebabkan Liverpool berjaya merangkul piala pertama menjelang musim baharu ini dan menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk merampas kejuaraan liga dari City.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram