Eropah
Getty Images
Advertisements

Erling Haaland segera menangkap perhatian media dan kelab gergasi eropah apabila menjaringkan 9 gol dalam perlawanan Norway menentang Honduras bagi aksi Piala Dunia Bawah 20 FIFA.

Sejak itu, Erling Haaland semakin dikenali dengan ketajamannya di hadapan gawang gol malah pemain ini turut dilihat bakal menjadi pengganti Robert Lewandowski sebagai seorang penyerang yang prolifik.

Mula dikenali sewaktu beraksi bersama RB Salzburg, Erling Haaland telah berjaya menjaringkan 29 gol dan mencipta 7 assist dalam 27 penampilan. Ekoran aksi cemerlang Haaland bersama Salzburg, beberapa kelab besar seperti Real Madrid, PSG, Borussia Dortmund, Manchester United dan Manchester City telah memantau prestasi beliau malah Manchester United begitu hampir membawa Haaland ke Old Trafford.

Advertisements
erling haaland Borussia Dortmund Mula Risau Klausa 'Murah' Erling Haaland Boleh Buat Dortmund Rugi Besar

Namun Haaland memilih untuk menyertai Borussia Dortmund kerana kemampuan kelab tersebut dalam mengembangkan bakat muda selain memberi peluang untuk mendapatkan minit permainan. Lihat sahaja Mario Goetze, Christian Pulisic, Jadon Sancho dan Ahraf Hakimi, pemain-pemain ini diberikan kepercayaan untuk mengisi kesebelasan utama pada usia muda.

Bahkan kehadiran Haaland telah memaksa Paco Alcacer untuk berpindah keluar dari Dortmund walaupun pemain ini beraksi dengan baik sekali sejak menyarung jersi kuning hitam. Haaland telah berjaya menjaringkan 65 gol dalam 65 penampilan secara keseluruhan bersama skuad Dortmund.

Malah Haaland turut menyumbang 12 gol dalam 15 penampilan bersama skuad utama Norway. Ini membuktikan Haaland merupakan seorang penyerang yang prolifik dan konsisten. Sejak dibawa masuk ke Dortmund dengan yuran perpindahan €20 juta, nilai pasaran Haaland kini telah mencecah €130 juta. Peningkatan hampir 6 kali ganda jika dibandingkan dengan yuran perpindahan beliau.

Advertisements

Borussia Dortmund turut menyatakan bahawa mereka tidak akan melepaskan Haaland jika tawaran yang dikemukan adalah rendah daripada €180 juta. Ketika ini, PSG, Real Madrid dan Manchester United antara kelab yang konsisten dalam memantau prestasi Haaland.

Borussia Dortmund Mula Risau Klausa ‘Murah’ Erling Haaland Boleh Buat Dortmund Rugi Besar

Haaland dilaporkan masih gembira bermain buat pasukan Borussia Dortmund namun masalah Dortmund ketika ini hanyalah klausa pelepasan sebanyak €75 juta yang ada pada kontrak Haaland menjelang musim panas hadapan seperti yang dilaporkan oleh Tom Gott.

Haaland kini baru berusia 21 tahun namun kelebihan fizikal beliau yang berketinggian 1.94 meter telah membantu Haaland terutama dalam melakukan larian, tandukan dan body challenge diatas padang. Haaland bahkan telah melakukan 11 hatrik mengatasi rekod hatrik Wayne Rooney (10), Samuel Eto’o (9) dan Fernando Torres (8).

Advertisements

Kehadiran Haaland dibahagian serangan telah membantu aspek serangan Dortmund menjadi lebih klinikal. Namun kelonggaran barisan pertahanan Dortmund menyebabkan pasukan tersebut agak senang dibolosi pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram