Ads
Euro 2024: 2 Gol Dibatalkan VAR Hiasi Aksi Belgium Berdepan Slovakia
Eropah
Newcastle United

Kempen Euro 2024 pada semalam diteruskan membabitkan pertemuan antara pasukan Belgium dan Slovakia dalam saingan Kumpulan E.

Advertisements

Slovakia berjaya mencatat tiga mata berharga selepas menewaskan pasukan pilihan iaitu Belgium dengan 1-0. Gol awal yang terhasil menerusi Ivan Schranz pada minit ketujuh permainan meranapkan hasrat Belgium untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.

Advertisements

Ivan Schranz memastikan kemenangan pertama dicatat Slovakia dalam aksi pertama di pentas Euro 2024.

Advertisements
Advertisements

Meskipun mendominasi perlawanan dengan 61% penguasaan bola, 16 percubaan dan 4 percubaan tepat, gandingan Doku, De Bruyne dan Leandro Trossard masih gagal membantu penyerang tunggal Belgium, Romelu Lukaku untuk menggegar jaring.

Pada minit ke-57 permainan, gawang pasukan Slovakia sebenarnya telah dibolosi namun jaringan daripada Romelu Lukaku itu dibatalkan pengadil selepas semakan VAR. Skrip sama berulang pada penghujung permainan pada minit ke-88 selepas jaringan Lukaku sekali lagi dibatalkan VAR.

Advertisements

Ketangkasan penjaga gol Slovakia, Martin Dubravka turut mencuri tumpuan apabila penjaga gol Newcastle United itu melakukan lima penyelamatan penting dalam menggagalkan hasrat Belgium mencatat jaringan.

Advertisements

Aksi seterusnya menyaksikan Belgium bakal berdepan Romania pada Ahad, 23 Jun 2024 sementara Slovakia akan bertemu Ukraine pada Jumaat, 21 Jun 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram