Belgium mencatat kemenangan pertama dalam kempen Euro 2024 selepas berjaya menewaskan Romania dalam aksi kedua saingan Kumpulan E.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Rhein Energie pada awal pagi tadi, Belgium membuka tirai jaringan seawal minit kedua permainan menerusi Youri Tielemens.
Hantaran kemas daripada Romelu Lukaku disempurnakan Tielemens dengan rembang kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Romania, Florin Nita untuk gol pertama perlawanan.
Bersambung aksi di babak kedua permainan, Belgium meneruskan rentak serangan menerusi Romelu Lukaku yang berjaya melepas kawalan pertahanan Romania sekaligus mengegar jaring. Bagaimanapun gol yang dijaringkan Lukaku dibatalkan pengadil selepas Sistem Bantuan Pengadil VAE mengesan pemain itu berada dalam kedudukan offside.
Kapten pasukan Belgium, Kevin De Bruyne pada minit ke-79 permainan melengkapkan malam gemilang Belgium untuk gol kedua. Hantaran jarak jauh dari penjaga gol Belgium, Koen Casteels disempurnakan De Bruyne sekaligus menutup aksi di Stadium Rhein Energie.
Belgium bakal berdepan Ukraine untuk aksi terakhir saingan Kumpulan E sementara Romania akan bertemu Slovakia pada Khamis depan, 27 Jun 2024.