Perancis mengutip kemenangan pertama dalam kempen Euro 2024 apabila berjaya menewaskan Austria.
Didier Deschamps menagih bisa Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Kolo Muani serta Marcus Thuram dalam menggempur gawang gol pasukan Austria.
Austria yang dipimpin oleh Ralf Rangnick menagih bisa pemain seperti Konrad Laimer, Marcel Sabitzer, Max Wober serta C. Baumgartner untuk aksi pertama Euro 2024.
Mbappe hampir membuka akaun jaringan pada minit ke-9 namun penjaga gol Patrick Pentz berjaya menghalang cubaan penyerang Perancis itu.
Max Wober dan Phillips Mwene terpaksa mengutip kad kuning pada babak pertama perlawanan apabila mengasari Ousmane Dembele.
Aksi babak pertama tamat dengan Perancis mendahului Austria 1-0.Bermula babak kedua, percubaan Mbappe hampir menyumbang gol kedua untuk Perancis namun rembatan Mbappe gagal menerjah gawang.
Kedua-dua pasukan kemudian melakukan beberapa pertukaran pemain untuk mengubah kedudukan semasa.
Olivier Giroud meraih peluang keemasan pada penghujung perlawanan tetapi sepakan Giroud sekadar menyepak angin kosong.
Kedudukan 1-0 kekal menyaksikan Perancis menundukkan Austria hasil gol sendiri Max Wober.
Aksi bertenaga Ngolo Kante untuk pasukan Perancis menyaksikan pemain tengah itu memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan tersebut.
Perancis akan bertemu Belanda untuk aksi kedua kumpulan D manakala Austria akan menentang cabaran Poland.