Perlawanan saingan Euro 2024 bagi pusingan ke-16 pagi ini menyaksikan England kembali bangkit tundukkan Slovakia.
Seawal minit permainan, kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.
Pada minit ke-25 permainan, Slovakia berjaya membuka jaringan menerusi penyerang berbisa, Ivan Schranz yang menewaskan penjaga gol England, Jordan Pickford.
Percaturan skuad kendalian Southgate seperti sudah diramal Slovakia, separuh masa pertama England gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat ke arah gawang gol.
Separuh masa pertama tamat, England 0-1 Slovakia.
Pada minit ke-51 permainan, Phil Foden berjaya menyamakan kedudukan namun jaringannya dibatalkan kerana berada dalam keadaan offsaid. Slovakia kekal dahului jaringan.
Beberapa pertukaran dibuat oleh England iaitu memasukkan Cole Palmer, Eberechi Eze menggantikan Kobbie Mainoo dan Kieran Trippier.
Pada minit masa tambahan 90(+5), ayam tambatan England, Jude Bellingham berjaya menyamakan kedudukan pasukan dengan sepakan gunting dalam kotak penalti menewaskan penjagal gol Slovakia, Martin Dubravka.
Perlawanan kekal seri, England 1-1 Slovakia dan bersambung ke masa tambahan.
Pada minit ke-90(+1) permainan, England kembali didepan menerusi penyerang berprofilik, Harry Kane dengan tandukkan deras ke arah gawang gol selepas menerima umpanan daripada Ivan Toney.
Separuh masa pertama, masa tambahan, England kekal dahului jaringan 2-1 Slovakia.
Tiada jaringan penyamaan yang berjaya dihasilkan oleh Slovakia dalam separuh masa kedua, masa tambahan.
England mara ke pusingan suku akhir Euro 2024 dan akan bertemu Switzerland pada minggu hadapan, 7 Julai.