Euro 2024: Portugal Longlai Dibedil Georgia
MakanBola
Georgia

Perlawanan akhir peringkat kumpulan F pagi ini menyaksikan Portugal longlai dibedil Georgia.

Seawal dua minit permainan, ayam tambatan Georgia, K. Kvaratskhelia menjaringkan gol pembukaan perlawanan selepas kesilapan pemain pertahanan Portugal.

View this post on Instagram

A post shared by Georgian National Team 🇬🇪⚽️ (@geo__team)

Penguasaan permainan lebih memihak kepada Portugal dengan 78 peratus sementara Georgia 28 peratus. Georgia hanya berjaya membuat 3 percubaan ke arah gawang gol sementara Portugal 12 percubaan. 

Separuh masa pertama tamat, Portugal 0-1 Georgia.

Skuad kendalian Roberto Martinez terus dihukum apabila pada minit ke-55 penyerang Georgia, Luka Lochoshvii dijatuhkan kerana disepak oleh pertahanan Portugal, Antonio Silva.

Penyerang Georgia, Georges Mikautadze tenang menyempurnakan sepakan penalti sekaligus memberi kelebihan dua gol dihadapan.

Pada minit ke-65 permainan, beberapa pertukaran dibuat oleh Martinez dengan mengeluarkan Cristiano Ronaldo dan Antonio Silva menggantikan Goncalo Ramos dan Nelson Semedo.

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Keputusan kekal Portugal 0-2 Georgia.

Selepas ini, Georgia akan bertemu Sepanyol pada 1 Julai dan Portugal akan bertemu Slovenia pada 2 Julai ini bagi aksi pusingan ke-16 saingan Euro 2024.

Claim Money Packet TnG