Ads
Euro 2024: Ramalan Juara Jose Mourinho Sudah Dijangka
Eropah
AS Roma

Pengurus legenda Portugal, Jose Mourinho seperti dijangka memilih negara kelahirannya sebagai pasukan pilihan juara EURO 2024.

Advertisements

Portugal menjadi pilihan pengurus baru Fenerbahce itu kerana pada pengamatannya, terdapat tiga pasukan terkuat di Eropah ketika ini.

Advertisements

Selain Portugal, Mourinho turut memilih England dan Perancis sebagai pasukan yang mampu menyaingi A Selecao.

Advertisements
Advertisements

Meskipun The Three Lions dilabel pasukan pilihan, bekas pengurus Manchester United itu merasakan mereka akan bergelar naib juara sekaligus mengulangi pencapaian EURO 2020.

“Pasukan kejutan ialah mana-mana pasukan di luar Portugal, Perancis dan England kerana saya rasa ketiga-tiganya pasukan pilihan.

Advertisements

“Bagi saya, mana-mana pasukan yang muncul selain tiga (pasukan) ini, termasuk negara-negara yang memiliki reputasi seperti Jerman juga dianggap pasukan kejutan,” katanya kepada TNT Sports.

Mourinho turut memilih dua tonggak England sebagai calon pilihan pemenang Kasut Emas dan Pemain Terbaik Kejohanan EURO 2024.

Dua tonggak tersebut ialah penyerang Bayern Munich, Harry Kane dan bintang muda Real Madrid, Jude Bellingham.

Bellingham sudah membuktikan keupayaannya dengan menjaringkan gol kemenangan buat The Three Lions semasa menentang Serbia baru-baru ini.

Advertisements

Sementara Portugal pula sudah menunjukkan keupayaan mereka apabila menewaskan pasukan dari Eropah Timur, Republik Czech dalam aksi terbaru EURO 2024 awal pagi ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram