Rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton aksi EURO 2024 secara percuma malam ini.
Kehangatan kejohaanan berprestij di Eropah itu mendapat liputan meluas dalam kalangan peminat bola sepak tempatan dan luar negara.
Menerusi satu pengumuman oleh penyiar rasmi EURO 2024, pihaknya telah menawarkan beberapa perlawanan yang boleh ditonton oleh rakyat Malaysia.
SPOTV NOW memaklumkan bahawa bakal menyediakan aksi siaran langsung secara percuma terhad kepada tiga perlawanan sahaja setakat ini iaitu;
Slovenia vs Serbia: 20 Jun 2024 (Jumaat), 9 Malam
Slovakia vs Ukraine: 21 Jun 2024 (Sabtu), 9 Malam
Georgia vs Republik Czech: 22 Jum 2024 (Ahad), 9 Malam
Ketiga-tiga perlawanan ini boleh ditonton oleh rakyat Malaysia secara percuma menerusi aplikasi penstriman SPOTV NOW.
Bukan itu sahaja, selain ia juga boleh dimuat turun ke dalam peranti masing-masing sama ada telefon pintar, tablet, Android TV menerusi App Store dan Google Play Store.
Perlawanan EURO 2024 itu juga boleh distrim secara langsung menerusi laman sesawang iaitu www.spotvnow.com.