Perlawanan akhir saingan Europe League hari ini menyaksikan Atalanta BC menewaskan Bayer Leverkusen dengan keputusan 3-0.
Atalanta cipta sejarah kelab apabila muncul juara bagi edisi kali ini. Penyerang Nigeria, Ademola Lookman menjadi pemain terbaik perlawanan.
Seawal minit ke-12 permainan, Atalanta mendahului dengan jaringan daripada Ademola Lookman.
Pada minit ke-26 permainan, Ademola Lookman sekali lagi menjaringkan gol kedua pasukan dengan sepakan deras daripada luar kotak penalti lawan.
Separuh masa pertama tamat, Atalanta 2-0 Bayer Leverkusen.
Selepas beberapa pertukaran yang dibuat oleh Xabi Alonso, Bayer Leverkusen tetap gagal menjaringkan sebarang gol.
Pada minit ke-75 permainan, Ademola Lookman menggandakan jaringan ketiga pasukan sekaligus menutup peluang Bayern Leverkusen untuk melakukan kebangkitan.
Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Atalanta 3-0 Bayer Leverkusen.
Akhirnya selepas 51 perlawanan tanpa kalah, Bayern Leverkusen terpaksa akur selepas tewas di perlawanan akhir menentang Atalanta.
Selepas ini, Bayern Leverkusen akan beraksi dalam perlawanan akhir DFB-Pokal menentang 1. FC Kaiserslautern pada 26 Mei ini sebelum tamat saingan musim ini.