FA Cup: ‘Budak-Budak’ Liverpool Mudah Belasah Southampton
Eropah
Liverpool FC
Advertisements

Perlawanan pagi ini menyaksikan pertembungan antara Liverpool menentang Southampton bagi pusingan ke-5 Piala FA yang berakhir dengan keputusan 3-0 di Anfield. 

Liverpool turun dengan skuad paling muda purata umur pemain 23.4 tahun sementara Southampton 25.4 purata umur.

The Reds berjaya menjaringkan gol tunggal dalam separuh masa pertama menerusi pemain muda berusia 18 tahun, Lewis Koumass dengan rembatan deras ke gawang gol menewaskan penjaga gol pada minit ke-44 permainan.

Advertisements

Pada minit ke-73 permainan, penyerang berusia 18 tahun, Jayden Danss menghadiahkan gol kedua buat Liverpool selepas mudah menerima lorongan baik daripada Harvey Elliot.

Selang beberapa minit permainan, Jayden Danss sekali lagi menggandakan jaringan ketiga buat The Reds selepas bola muntah daripada penjaga gol Southampton.

4 minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Liverpool layak ke pusingan suku akhir saingan Piala FA dan dijadualkan bertemu Manchester United pada bulan Mac ini.

Advertisements


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram