FA Cup: Chelsea Mudah Singkirkan Aston Villa
Eropah
Chelsea FC
Advertisements

Chelsea bangkit dari episod duka di peringkat liga apabila cemerlang membenam cabaran Aston Villa dalam aksi ulangan pusingan keempat Emirates FA Cup.

Pada aksi pertama sebelum ini di Stamford Bridge, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan menyebabkan aksi kedua ini terpaksa dijalankan.

The Blues bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi kapten pasukan, Conor Gallagher yang melakukan rembatan kencang di dalam kotak penalti seawal minit ke-11.

Advertisements

Anak-anak buah Mauricio Pochettino yang dikecam hebat kerana beraksi longlai di peringkat liga terus menggandakan jaringan menerusi tandukan padu Nicolas Jackson hasil hantaran Malo Gusto sepuluh minit kemudian.

Separuh masa pertama tamat, dengan pelawat mendahului dengan keputusan 0-2.

Di separuh masa kedua, Enzo Fernandez terus meletakkan Chelsea selesa menerusi sepakan percuma cantik yang tepat menuju ke penjuru atas menewaskan Emiliano Martinez di pintu gol Aston Villa.

Advertisements

Beberapa pertukaran dilakukan kedua-dua pasukan selepas itu dengan Aston Villa kelihatan terdesak untuk mencetak jaringan.

Ketika perlawanan semakin menuju penamat, pemain gantian Aston Villa, Moussa Diaby berhasil menghadiahkan gol saguhati buat pasukan tuan rumah.

Aksi tamat dengan keputusan agregat 3-1 memihak Chelsea.

Advertisements

Di aksi seterusnya Chelsea dijadualkan bertemu pasukan di Liga Kejohanan, Leeds Unites pada 28 Februari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram