Eropah
Manchester City
Advertisements

Manchester City mudah menewaskan cabaran Huddersfield dengan kemenangan 5-0 dalam pusingan ketiga Piala FA.

City menurunkan barisan kedua dan merehatkan beberapa pemain utama dalam perlawanan ini seperti Rodri, Kyle Walker dan Ederson.

Phil Foden membuka akaun jaringan buat City pada minit ke-33 setelah tenang menyempurnakan bola muntah hasil sepakan Julian Alvarez.

Advertisements

Beberapa minit kemudian, giliran Julian Alvarez menjaringkan gol setelah menerima bola hantaran Rico Lewis.

Bersambung babak kedua, malang menimpa Huddersfiled apabila pemain pertahanan sendiri, Ben Jackson tertampan bola hasil gerakan Oscar Bobb.

Advertisements
city foden FA Cup: Manchester City Belasah Huddersfield Tanpa Belas Kasihan

Phil Foden kemudian berjaya menjaringkan gol keempat City menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-65.

Pemain gantian, Jeremy Doku melakar nama selaku penjaring kelima City setelah menerima bola hantaran Mateo Kovacic.

Advertisements

Huddersfield ternyata bergelut untuk memberikan saingan kepada City apabila hanya merekodkan 2 percubaan sepanjang perlawanan.

City tenang mendominasi penguasaan bola dalam perlawanan ini apabila mencatatkan penguasaan sebanyak 84% dan turut melakukan 18 percubaan terhadap Huddersfield.

Advertisements

Tamat perlawanan, Manchester City menyingkirkan Huddersfield daripada saingan Piala FA menerusi kemenangan besar 5-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram