Advertisements
FA Cup: Tottenham Hotspur Diaibkan Man City
Eropah
MakanBola
Manchester City

Tottenham Hotspur gagal meneruskan kemaraan dalam saingan Piala FA Inggeris selepas ditewaskan Manchester City di hadapan ribuan penyokong sendiri .

Kedua-dua pasukan dilihat membuat perubahan dalam kesebelasan utama dengan beberapa pemain penting pasukan direhatkan.

Man City memulakan penguasaan bola menyeluruh dengan saling bertukar-tukar hantaran pendek manakala Spurs pula mempamerkan disiplin bertahan yang baik.

Peluang terbaik City hadir pada minit ke-21 melalui percubaan Rodri namun ianya sedikit tersasar.

Spurs dilihat bergelut untuk melakukan percubaan ke gawang City yang dijaga Stefan Ortega. Kekebalan pertahanan City menjadi aset terpenting mereka dalam perlawanan ini.

Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan menggandakan asakan untuk mendapatkan gol pertama perlawanan.

Josko Gvardiol berpeluang untuk meledak pada minit ke-51 perlawanan namun percubaannya dihalang pertahanan Spurs.

Terdesak mencari gol, City membawa masuk Jeremy Doku dan Kevin De Bruyne untuk menambah bisa di bahagian hadapan.

Kemasukan De Bruyne membuahkan hasil apabila City berjaya dihadapan melalui penyudah Nathan Ake pada minit ke-88 hasil sepakan sudut dari De Bruyne.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus memberikan kemenangan berharga buat City dan menyingkirkan Spurs dari saingan Piala FA Inggeris.