FA Selangor Meterai Kerjasama Dengan Geylang International
MakanBola
FA Selangor

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memeterai kerjasama dengan kelab Singapore Premier League (SPL), Geylang International FC.

Kerjasama ini diumumkan menerusi satu kenyataan oleh FAS di semua platform rasmi persatuan berkenaan. Kerjasama ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dan serantau.

Kerjasama ini dimeterai menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) oleh kedua-dua pihak. Setiausaha Agung FAS, Izrin Nabil Ismail mewakili persatuan itu dengan Pengurus Besar Geylang, Visnu Nair mewakili kelab SPL itu.

Kerjasama ini akan memberi fokus kepada pembangunan bola sepak akar umbi, belia, wanita dan kejurulatihan. Hal ini dicapai melalui perkongsian kepakaran, program pembangunan bersama, pertukaran ilmu serta peluang pendedahan yang lebih luas kepada pemain, jurulatih dan pegawai kedua-dua pihak.

Selain itu, inisiatif ini turut mencerminkan aspirasi bersama kedua-dua pihak untuk membangunkan ekosistem bola sepak yang progresif, inklusif dan mampan.

Di samping itu, ini membuka lebih banyak peluang kolaborasi rentas sempadan dalam melahirkan generasi pemain dan jurulatih berkualiti pada masa hadapan.

Claim Money Packet TnG