Advertisements
Fabrizio Romano Bercerita Tentang JDT
Transfer
MakanBola
JST/Fabrizio Romano

Wartawan paling popular di Eropah, Fabrizio Romano bercerita tentang kelab Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cemerlang dalam kancah AFC Champions League Elite (ACLE) apabila menundukkan wakil China, Shanghai Shenhua 3-0.

Harimau Selatan terus menjadi bualan orang Eropah apabila beraksi cemerlang di pentas Asia disusuli kehadiran bekas pemain JDT, Jese Rodriguez.

Tonggak berusia 31 tahun itu bergelar ejen bebas selepas tidak lagi bersama kelab Brazil dan membawa haluan ke Malaysia.

“Bekas penyerang Real Madrid, Jesé Rodríguez menandatangani kontrak untuk kelab Malaysia Johor Darul Ta’zim F.C.

Penyerang berusia 31 tahun telah bersetuju dengan syarat dan perjanjian itu telah selesai,” ujar Fabrizio Romano.

Perpindahan itu menjadi satu berita besar buat bola sepak Malaysia yang menerima kehadiran bintang ternama dunia selepas sekian lama.

Beliau dijangka bersedia untuk beraksi menentang kelab Korea, Gwangju FC bagi aksi ACLE 2024/25.