“Faisal Halim Ada Kriteria Itu” – Tan Cheng Hoe
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Kemampuan luar biasa pemain baharu Selangor FC, Faisal Halim ketika berada di atas padang ternyata tidak perlu dibahaskan lagi. Dan terkini, pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe meluahkan rasa terujanya melihat kelibat Faisal bersama Harimau Malaya.

Bagi Cheng Hoe, Faisal mempunyai kriteria yang diperlukan Selangor bagi menghadapi saingan musim hadapan. Selain licik di bahagian sayap, Faisal juga dilihat sentiasa dahagakan gol.

“Kalau lihat prestasi semasa Faisal Halim, memang salah satu pemain tempatan yang menonjol. Dari segi persembahan memang dia konsisten bukan sahaja dari segi pergerakan namun mampu untuk menjaringkan gol.

Advertisements

“Sebab bagi saya, sesebuah pasukan perlu ada bukan sahaja pemain yang boleh jaringkan gol tetapi yang boleh jadi ball winner dan Faisal ada kriteria itu.

“Saya berharap kemasukan Faisal Halim ke Selangor memang boleh bantu pasukan, dari segi keyakinan beliau nampak menyerlah terutama pada musim ini,” katanya kepada Arena Metro.

Advertisements

Selain Faisal, Selangor juga berjaya membawa masuk dua lagi pemain kebangsaan untuk musim hadapan iaitu V. Ruventhiran dan Khuzaimi Piee. Cheng Hoe jelas sekali berpuas hati dengan kemasukan pemain-pemain baharu ini dan beliau berharap pemain-pemain ini mampu memberi nilai tambah kepada Selangor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram