Kapten pasukan Selangor FC, Faisal Halim mencuri tumpuan sejak kembali bersatu dengan ketua jurulatih, Kim Pan-gon.
Gergasi Merah Kuning menghadapi tentangan kelab Vietnam, Cong An Ha Noi FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya dan berakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas lawan handalan itu.
Selangor FC kini cemerlang melonjak ke tangga teratas Kumpulan A hasil dua kemenangan dan dua seri dengan terpisah satu mata dengan pasukan tangga kedua, BG Pathum United (7 mata).
The Red Giants dilihat berada dalam kelas tersendiri selepas terutamanya sejak diambil alih oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan itu.
Sebahagian peminat mengakui bahawa mereka teruja untuk kembali melihat aksi pasukan dari Malaysia sejak kepulangan Pan-gon.
“KPG ke jurulatih Selangor? Kena tengok bola sepak semula ni,” ujar peminat dikenali sebagai Loyy di ruangan komen ASEAN United.
Peminat juga mengesan perubahan prestasi yang ditampilkan oleh beberapa pemain termasuklah Faisal Halim yang kini konsisten dengan prestasi berbisanya di atas padang.
“Faisal Halim bawah Kim Pan-gon lain macam.
“Penyerang hebat, satu Malaysia mendoakan Faisal Halim,” tambah Naazrishah.
Sebagai rekod, Faisal telah menjaringkan 15 gol dan mencatat lima bantuan jaringan dalam semua kejohanan bersama Selangor, musim 2025-26.
Selangor dijadual menentang Terengganu bagi aksi Liga Super di Gong Badak pada 1 Februari 2026 jam 9.00 malam.