“Perjalanan Selangor Masih Jauh” – Kim Pan-gon
MakanBola
Selangor FC

Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon menyifatkan perjalanan pasukan itu masih jauh meskipun kini menerajui carta Kumpulan A Shopee Cup.

Ini kerana pada hematnya, ini sebahagian daripada proses untuk pembentukan DNA permainan Selangor untuk jangka masa panjang.

Justeru, Pan-gon melihat setiap kemenangan yang diraih memastikan anak buahnya serasi dengan DNA permainan yang diterapkan.

“Saya fikir (perjalanan Selangor) masih jauh. Jadi, bagaimana kita hendak membina perwatakan dan DNA (permainan) Selangor sebagai satu budaya?” katanya dalam sidang media pascaperlawanan.

“Justeru, kemenangan ini amat penting. Kita nak jadikan (Stadium MBPJ) sebagai kubu setiap kali kita beraksi di laman sendiri. Kita mahu memberikan persembahan cemerlang kepada penyokong kita.

“Kita mencuba bergantung kepada siapa lawan kita tetapi kita mencuba yang terbaik. Merasai kemenangan itu penting jadi saya harap itu akan menjadi budaya dan DNA Selangor.”

Selangor mencerahkan peluang mara ke separuh akhir Shopee Cup apabila menewaskan Cong An Ha Noi FC (CAHN FC) 2-0 di Stadium MBPJ.

Kemenangan ini menyaksikan Merah Kuning menerajui Kumpulan A dengan lapan mata. Ini turut membantu Pan-gon melebarkan rekod kemenangan beliau bersama Selangor kepada lima perlawanan.

Claim Money Packet TnG