Posisi Selangor Naik Tinggi Selepas Tundukkan CAHN
MakanBola
SELANGOR FC

Selangor melonjak tinggi selepas berjaya menundukkan CAHN dalam aksi ke-4 Kumpulan A Shopee Cup pada Rabu.

Saingan minggu ke-4 Shopee Cup menemukan Selangor dan CAHN dalam pertemuan yang berlangsung di Stadium MBPJ dengan kedua-dua pasukan bagi memburu 3 mata dan posisi terbaik di kumpulan A.

Misi Selangor bagi mengutip 3 mata terlaksana di hadapan 2,574 penyokong sendiri selepas dua jaringan Faisal Halim memastikan kemenangan 2-0 menjadi milik kelab Malaysia ini.

Kemenangan ini melonjakkan posisi Selangor ke kedudukan teratas kumpulan A dengan mengutip 8 mata setelah 4 aksi, naik satu anak tangga berbanding kedudukan asal sebelum perlawanan.

Manakala, kedudukan CAHN pula dalam posisi bahaya untuk ke separuh akhir selepas mengalami dua kekalahan dalam 4 perlawanan peringkat kumpulan ini dan berada di tangga ke-5.

Dua kelab Thailand iaitu BG Pathum dan Buriram United pula bersaing di tempat kedua dan ketiga kumpulan ini dalam misi bagi merebut slot ke pusingan kalah mati Shopee Cup musim ini.

Aksi terakhir kumpulan A Shopee Cup bakal menyaksikan Selangor menanti kunjungan BG Pathum United manakala CAHN pula

Claim Money Packet TnG