Faisal Halim Bukti Kerja Keras Tak Pernah Khianati Hasil
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim menjadi teladan yang cukup baik sekaligus membuktikan kerja keras seseorang pasti membuahkan hasil yang lumayan.

Impak yang dibawa oleh pemain baharu Selangor FC ini jelas ditagih oleh Kim Pan-gon apabila beliau diturunkan dalam dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Turkmenistan dan juga Hong Kong.

Advertisements

Anak jati kelahiran Pulau Pinang ini akhirnya menamatkan kemarau jaringannya menerusi gol yang cukup cantik untuk memastikan Malaysia memperoleh kemenangan 2-0 di laman sendiri berdepan anak didik Jorn Andersen.

Beliau juga terkenal sebagai seorang pemain yanh sentiasa mahu memperbaiki kualiti dalam dirinya dan secara jelas menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi semasanya.

Advertisements

Faisal pernah secara terbuka memohon maaf seandainya pernah melukakan mana-mana pihak sekaligus membuktikan keseriusan beliau setiap kali beraksi di atas padang.

Setakat ini, bekas bintang Terengganu ini memiliki rekod yang cukup baik bersama skuad kebangsaan dengan mencatatkan 10 gol daripada 19 perlawanan.

Advertisements

Rekod menunjukkan bahawa peranan Faisal bersama skuad kebangsaan amat penting selepas mencatatkan 5 kemenangan sebagai pemain utama dan 9 kemenangan daripada 11 aksi sebelum ini.

Kerja kerasnya telah membawa tahap dan kualiti permainannya pada satu tahap yang luar biasa dan menjadi aset buat pasukan kebangsaan dan kelabnya.

Advertisements

News Comments Account