Dunia
Flash Sukan
Advertisements

Pemain sayap lincah Terengganu FC, Faisal Halim menyangkal spekulasi yang cuba dihangatkan mengenai hubungan beliau dan juga ketua jurulatih, Nafuzi Zain yang dilihat agak ‘panas’ semalam.

Hal ini susulan tularnya gambar beliau bersama Nafuzi Zain dengan raut wajah yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Perkara ini juga berlaku disebabkan gambar tersebut telah pun dimuat naik ke media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat.

Advertisements

Pemain berusia 24 tahun ini dikeluarkan oleh pengendali kelahiran Kelantan itu bagi memberi ruang kepada rakan sepasukan setelah Terengganu berada pada kedudukan selesa menentang KL City di Cheras semalam.

Faisal tampil mempertahankan dirinya sambil menyoal berkenaan tuturnya yang seolah-olah dianggap berjaya didengari oleh pihak lain sehingga timbulnya pelbagai andaian.

Advertisements

“Admin, saya nak cakap sikit, admin dengar ke apa yang saya cakap.”

“Kalau nak buat story nak dapat banyak tanda suka (like) pun agak-agaklah ya.”

Advertisements

Beliau juga sempat berseloroh sambil mengatakan kesudian untuk membantu laman tersebut mendapatkan banyak tanda suka dengan bantuan akaun tiktoknya.

“Kalau nak dapat banyak tanda suka (like), saya boleh tolong postkan ke akaun tiktok saya,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Faisal juga diketahui umum mempunyai hubungan yang begitu akrab bersama Nafuzi Zain selain pernah menyatakan kesudian untuk kekal bersama pasukan sekiranya jurulatih tersebut turut dikekalkan.

Beliau yang menjadi watak penting buat Terengganu musim ini turut dikaitkan dengan pelbagai spekulasi perpindahan namun masih belum membuat sebarang keputusan.

65E21F88 BF98 420D 8279 A3B935DDC0D6 Faisal Halim: Dengar Ke Apa Saya Cakap?
FB: Faisal Halim
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram