Faisal Halim Dirisik Dua Kelab Gergasi Korea
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan di peringkat antarabangsa, tidak hairanlah kelab-kelab luar mula merisik khidmat pemain-pemain Harimau Malaya. Salah seorang daripadanya ialah pemain sayap Selangor, Faisal Halim.

Ini berdasarkan video temubual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dengan ejen bola sepak dari Korea Selatan, Leo Jeong yang dimuatnaik di laman media sosialnya hari ini.

Difahamkan, kelincahan bekas pemain sayap Terengganu itu telah menarik minat dua kelab K-League 1, Incheon United dan Suwon Samsung Bluewings. Sekiranya Faisal menyertai salah satu kelab berkenaan, dia bakal masuk sebagai pemain import Asia.

Advertisements

“Saya sudah lihat pemain sayap nombor tujuh Selangor (Faisal Halim) bermain. Dia bermain dengan bagus sekali. Jadi, saya ada menghubungi beberapa kelab Korea (berkenaan Faisal).

“Dan dua kelab menunjukkan minat terhadapnya. Satu pasukan ialah Suwon Samsung (Bluewings) (dari) K-1 (K-League 1). Satu lagi ialah Incheon United (berstatus) K-1 (K-League 1),” katanya.

Ia sememangnya satu berita baik. Cuma bagi ramai penyokong Harimau Malaya, mereka berharap apa yang berlaku kepada R. Kogileswaran tidak berulang kepada Faisal sekiranya khidmatnya dirisik dua kelab Korea itu.

Advertisements

Sejak menyertai Chungbuk Cheongju pada Januari lepas, Kogileswaran hanya membuat satu penampilan bersama mereka. Dengan Piala Asia 2023 bakal berlangsung pada tahun hadapan, penyokong negara tidak mahu perkara sama mengakibatkan Faisal terlepas peluang menyertai skuad kebangsaan ke Qatar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram