Faisal Halim Gembira Untuk Kekal Bersama Terengganu
Dunia
officialterengganufc
Advertisements

Pemain sayap Terengganu, Faisal Abdul Halim baru-baru ini ada menjelaskan mengenai masa depannya bersama Terengganu. Beliau sebelum ini ada menerima satu tawaran daripada ejen Sepanyol. Namun, belum ada tawaran yang rasmi daripada ejen tersebut. 

Menurut kenyataan daripada pemain berusia 23 tahun itu, beliau menyatakan bahawa tawaran yang dibuat hanya menerusi mesej daripada laman rasmi Instagram. Tawaran yang diberikan adalah bertujuan untuk bernaung dibawah agensi ejen tersebut sahaja. 

Dalam pada itu, pemain kelahiran Pulau Pinang itu turut menyatakan bahawa tiada perjanjian hitam putih yang dilakukan. Jika ejen tersebut benar-benar mahukan khidmat Faisal, ejen dari Sepanyol itu perlu adakan perbincangan bersama ejen Faisal secara rasmi.  

Advertisements

“Suka untuk saya jelaskan, ejen yang berpangkalan di Sepanyol itu cuma (Direct Messages) DM di Instagram (IG) dan membuat tawaran kepada saya untuk bernaung dibawah agensi dia. Itu sahaja.”

“Tiada perjanjian hitam putih jadi saya pun menganggap ini ‘on off’ sahaja dan belum ada  tawaran daripada mana-mana kelab.  Jika ejen tersebut serius, beliau akan berbincang dengan ejen saya. “Kalau tiada, saya gembira untuk kekal di TFC.” kata Faisal 

Ketika ini pemain skuad kebanggsaan itu gembira untuk kekal di Terengganu jika tiada sebarang tawaran yang sah diterima oleh beliau. Faisal Halim kini sudah berada di kem latihan pusat Fasa 2 di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya untuk persiapan bersama skuad Harimau Malaya dalam kejohanan AFF Suzuki yang akan berlangsung 5 Disember nanti.

Advertisements

Untuk rekod, pemain lincah Terengganu ini nyata memberikan impak yang besar buat pasukan apabila sudah menjaringkan 6 gol dalam saingan Piala Malaysia kali ini. Beliau berjaya membawa Terengganu untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram