Faisal Halim Sudah Kembali
Liga Super
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim kembali membuat kemunculan berdepan Kelantan FC dalam aksi Liga Super.

Bintang Harimau Malaya itu menjalani penggantungan selama satu bulan oleh jawatan kuasa Tatatertib FAM sebelum ini.

Beliau bagaimanapun akhirnya boleh menarik nafas lega apabila tempoh penggantungan tersebut telah berakhir.

Advertisements

Perkara ini dilihat apabila beliau berada dalam senarai simpanan The Red Giants yang berkunjung ke Stadium Sultan Muhamad ke-IV berdepan Kelantan.

Sambil itu, ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe yakin kepulangan Faisal memberi nilai tambah buat pasukan namun perlu memastikan beliau dalam keadaan bersedia.

Advertisements

“Penggantungan Faisal Halim memerlukan sokongan daripada rakan sepasukan. Sungguhpun digantung, kita lihat beliau tetap bersemangat menjalani latihan tambahan.”

“Perkara ini penting agar beliau kekal bersedia sekiranya diturunkan kelak,” jelas Cheng Hoe kepada Astro Arena.

Advertisements

Bekas pengendali kebangsaan itu yakin pata pemain bersemangat untuk bangkit setelah tewas kepada PDRM dalam aksi Piala Malaysia tempoh hari.

Faisal merupakan aset penting buat Selangor apabila menjaringkan 8 gol dan merekodkan 8 bantuan gol sungguhpun terlepas 5 aksi Liga Super musim ini.

Advertisements

Kepulangan beliau amat signifikan tatkala Kim Pan-gon telah menyenaraikannya dalam kalangan 26 pemain yang bakal dibawa ke China September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram