FAM Akur Gagal Pujuk Kim Pan-gon
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi mengakui pihaknya dan beberapa individu lain sudah cuba memujuk Kim Pan-gon untuk kekal namun tidak berjaya.

Yusoff juga dalam masa yang sama menganggap kehilangan Kim Pan-gon sebagai jurulatih skuad kebangsaan adalah sangat dirasai memandangkan jurulatih dari Korea Selatan itu telah melakukan kerja dengan baik sekali.

Ad
Sponsors

“Memang kita sudah sedaya upaya untuk memujuk (Pan-gon) untuk kekal bersama pasukan kebangsaan. Tetapi atas alasan-alasan peribadi, kita terpaksa menghormati keputusannya.

Ad

“Macam tak dapat nak diselamatkanlah. Memang rasa kegagalan jugalah (tidak dapat kekalkan Pan-gon). Kita sangat rasa kehilangan sebab kita nampak dia dah buat sesuatu dan nampak kita punya kemajuan.

“Kita memang mengharapkan dia bawa kita ke peringkat yang lebih baik tapi akhirnya tapi keputusannya dah begitu, kita hormati,” jelas Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi dalam sidang media di Wisma FAM sebentar tadi.

Ad

Untuk rekod, Kim Pan-gon hadir sebagai jurulatih skuad kebangsaan Malaysia sejak 2022 dan pelbagai kejayaan dicapai seperti mara ke Piala Asia buat pertama kali secara merit.

Ad