‘FAM Antara Yang Terbaik Di Asia’- Hamidin Amin
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan bahawa badan tersebut merupakan antara salah satu badan terbaik di Asia ketika ini.

Dalam satu sesi temubual, Hamidin menjelaskan bahawa kegagalan skuad Harimau Malaya pada kempen Piala AFF Suzuki kali ini tidak mencerminkan situasi sebenar dan menganggap ianya tidak menutup Peta Hala Tuju F:30 yang sudah direncanakan sebelum ini.

Hal ini disebabkan, Peta Hala Tuju F:30 tersebut tidak hanya melibatkan skuad kebangsaan malah ia juga merangkumi futsal, bola sepak wanita dan pembabitan badan induk bola sepak itu dalam pembangunan akar umbi.

Advertisements

Ini juga menjadi salah satu punca yang menyebabkan Presiden FAM itu merasakan bahawa tiada keperluan buat badan itu untuk mengubah matlamat buat pasukan kebangsaan.

‘Sasaran F-30 supaya semua staf FAM tahu hala tuju masing-masing.. Jangan lihat Harimau Malaya gagal bermakna F-30 pun sama.’

‘Kita kena lihat banyak juga perkara lain berjaya seperti futsal, bola sepak wanita dan pengurusan FAM antara yang terbaik di Asia.’

Advertisements

‘Jadinya, bila lihat bola sepak kita tahap itu saja semua teruk…semua kena letak jawatan.. kerajaan pun hancur kalau macam itu, -Jelas Hamidin kepada Arena Metro.

Prestasi skuad kendalian bekas jurulatih, Tan Cheng Hoe yang kurang memberangsangkan pada edisi yang berlangsung di Singapura baru-baru ini juga dikatakan menjadi punca pelan ini mula diperkatakan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram