Ads
FAM Berlapang Dada, Sedia Perbaiki Persiapan Harimau Malaya Lebih Rapi
Harimau Malaya
FA Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia menambah baik persiapan Harimau Malaya agar dapat membantu pasukan itu untuk jangka masa panjang.

Advertisements

Isu persediaan Harimau Malaya timbul selepas Malaysia gagal layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Ramai penyokong berpandangan perancangan persediaan pasukan yang diatur FAM kurang rapi jika dibandingkan dengan negara-negara lain termasuk negara jiran, Indonesia.

Advertisements
Advertisements

Antara aspek yang dibangkitkan penyokong ialah permulaan kempen Liga Malaysia (Liga M) yang lewat dan kegagalan mengatur aksi persahabatan dengan pasukan berkualiti.

Mereka percaya sekiranya persiapan yang diatur lebih rapi, dua kekalahan yang dialami skuad negara di tangan Oman pada Mac lalu boleh saja berubah menjadi sesuatu yang berbeza.

Advertisements

Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi melihat badan induk itu bersikap terbuka dan menerima setiap kritikan yang dilemparkan berkenaan isu tersebut.

Malah, FAM melihat apa yang berlaku sebagai satu pengajaran bagi memastikan Harimau Malaya tampil lebih mantap selepas ini.

“Ini satu benda yang sudah lepas pun. Tapi apa pun, ini pengajaran jugalah. Tetapi mungkin selepas ini, FAM dan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) mungkin melihat cara memperbaiki persiapan-persiapan (skuad negara) pada masa akan datanglah.

“Yang sudah lepas, sudah lepaslah sebab kita tak boleh nak buat apa pun. Tetapi ini juga sesuatu yang kita perlu ambil sebagai iktibar (dan) pengajaran macam mana nak menyediakan pasukan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Sebab kekurangan-kekurangan (yang dibangkitkan ini) kita dapat elakkan supaya kita dapat menyediakan pasukan dari segi persiapannya tak terganggu.

“Atau kita dapat menyediakan satu pasukan yang lengkap bukan saja dari segi pemainnya tetapi dari segi pengurusannya sebelum memasuki mana-mana pertandingan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Ke-11 Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi Penggal 2021-2025.

Mesyuarat jawatankuasa tersebut berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam dan dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Advertisements

Antara hasil mesyuarat ialah penganjuran Pestabola Merdeka 2024. Meskipun FAM belum memuktamadkan pasukan mana yang akan dijemput, skuad negara dilaporkan akan berdepan pasukan dari Pot 1 dan Pot 2 Kelayakan Piala Asia 2027.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram