Advertising
FAM Buat Tindakan Drastik Panggil Pengadil Luar Adili Liga-M
MakanBola
MFL

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan bahawa pihak FAM dan MFL sedang menimbang cadangan untuk membawa masuk pengadil luar negara bagi mengadili perlawanan terpilih Liga Malaysia.

Bukan kerana pengadil tempatan tidak bagus ini kerana pengadil luar juga tidak lari dari melakukan kesilapan. Mereka manusia biasa.

Ad

Selain daripada membawa pengadil luar, Hamidin juga berkongsi perkembangan mengenai penggunaan sistem video bantuan pengadil (VAR) yang masih dalam proses perlaksanaan dan dijangka akan dapat digunakan menjelang penghujung saingan musim 2023.

Ad

“Saya telah berbincang dengan MFL mereka perlu menilai daripada bajet dan kepentingan bahawa kami akan panggil pengadil luar untuk perlawanan tertentu.

Tapi kena ingat, bukan pengadil tempatan tidak bagus kerana pengadil luar ini bukannya tidak terlepas daripada membuat kesilapan, kesilapan manusia.

Ad

“Tapi ini menunjukkan kami akan cuba pelbagaikan untuk buktikan FAM dan MFL bukan ditakuk lama, tapi kami tingkatkan (keupayaan) dari masa ke semasa,” katanya kepada Stadium Astro.

Ad

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama perlawanan Liga Malaysia bakal diadili pengadil dari luar kerana FAM pernah memanggil pengadil dari Jepun, Takuto Okabe yang turut dibantu dua lagi rakan senegara, Akane Yagi dan Osamu Nomura pada aksi akhir Piala FA 2019.

Ad