FAM Harap Pasukan Liga-M Dapat Lepaskan Pemain Untuk Piala AFF
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Piala AFF yang dijadualkan bermula pada 20 Disember depan sudah pasti akan menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak di seluruh pelusuk Asia Tenggara.

Walaupun kejohanan tersebut tidak berada di dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), namun barisan pemain terbaik dijangka akan disenaraikan pasukan-pasukan yang bertanding. Begitu juga dengan Malaysia yang kali terakhir menjuarainya pada tahun 2010.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berharap agar semua pasukan yang beraksi di Liga Malaysia (Liga-M) dapat melepaskan pemain-pemain terbaik mereka bagi kejohanan tersebut.

Advertisements

Dengan melepaskan pemain-pemain ke skuad kebangsaan, ianya sedikit sebanyak dapat membantu tugas jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon untuk menyediakan skuad terbaik untuk bersaing dengan negara-negara pencabar lain seperti Vietnam, Indonesia dan Thailand.

“Tindakan pasukan melepaskan pemain mereka dapat membantu ketua jurulatih membuat perancangan rapi untuk Piala AFF, walaupun kejohanan itu tiada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” katanya kepada Sukan Sinar sempena Program Hari Bola Sepak Suparimau FAM di Stadium Mini Pendang pada Jumaat.

Dalam Piala AFF 2022, pasukan Malaysia diletakkan dalam kumpulan B yang turut diisi oleh Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos. Malaysia bakal memulakan kempen dengan menentang Myanmar di tempat lawan pada 21 Disember depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram