FAM Jalin Kerjasama Strategik 6 Bidang Dengan Qatar
FAM
FA Malaysia
Advertisements

Bagi mempergiat pembangunan bola sepak tanah air, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengorak langkah dengan menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Bolasepak Qatar (QFA). Kerjasama ini dijangka mampu melonjakkan pembangunan bola sepak kedua-dua negara.

Majlis pemeteraian kerjasama FAM dan QFA diadakan di Menara Al-Bidda di Doha, Qatar hari ini. Pemeteraian kerjasama dibuat oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Presiden QFA, Sheikh Hamad Khalifa Ahmed Al Thani.

Majlis turut disaksikan oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman dan Setiausaha Agung QFA, Mansour al-Ansari. Kerjasama strategik ini diperbaharui secara automatik selama setahun dengan ia tidak akan melebihi tempoh lima tahun.

Advertisements

Menerusi kerjasama strategik ini, ia merangkumi enam perkara iaitu pendidikan kejurulatihan, bola sepak wanita, pembangunan pengadil, perlawanan persahabatan dan kem untuk pasukan remaja kebangsaan, struktur dan operasi perlawanan pasukan remaja serta pembangunan sukan futsal.

Skuad B-17 kebangsaan sudah meraih manfaat ini apabila berpeluang berlatih di Akademi Aspire milik QFA baru-baru ini. Malah, anak-anak buah Osmera Omaro juga berpeluang mengadakan enam perlawanan persahabatan semasa di Qatar dengan rekod lima kemenangan dan satu kekalahan.

Advertisements

Bagi Hamidin, jalinan kerjasama strategik ini bukan sekadar cara mengeratkan hubungan Malaysia-Qatar. Malah, ia dilihat satu peluang untuk membantu pembangunan bola sepak di Malaysia ke tahap yang lebih bagus.

“Ini juga bagi melindungi nilai dan tradisi sukan ini memandangkan bola sepak bukan sahaja untuk aktiviti ekonomi, tetapi ia juga instrumen sosial dalam persefahaman antarabangsa,” katanya hari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram