Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil menjawab persoalan besar peminat.
Khabar terbaharu dari FAM adalah berkenaan peletakan jawatan tiga watak penting skuad kebangsaan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Robert Douglas Friend dan juga ketua jurulatih, Peter Cklamovski.
“FAM hari ini mengumumkan bahawa kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasukan Kebangsaan, Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend, telah ditamatkan melalui persetujuan bersama antara beliau dan FAM, berkuat kuasa pada 1 Jun 2026.
“Kontrak Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Peter Cklamovski dan dua staf teknikal skuad senior, Matthew Smith serta Seiya Imazaki juga ditamatkan atas persetujuan bersama, berkuat kuasa pada 16 Jun 2026,” lapor kenyataan media FAM.
FAM tampil menjawab persoalan besar peminat bola sepak tanah air selepas hantaran wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendakwa Harimau Malaya bakal kembali ke pangkuan FAM.
“Rasmi, era sudah berakhir. Harimau Malaya tampak kembali ke pangkuan FAM,” ujarnya menerusi satu hantaran di laman X.
FAM tampil dengan satu jawapan balas yang memaklumkan bahawa pengurusan pasukan Harimau Malaya adalah di bawah kendalian badan induk itu.
“Untuk pengetahuan umum, Pasukan Harimau Malaya sentiasa di bawah kendalian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di mana semua jawatan-jawatan di Pasukan Kebangsaan adalah lantikan FAM,” ujar FAM di laman X.
Ketua jurulatih pasukan B-23 kebangsaan, Nafuzi Zain antara nama besar yang turut melepaskan jawatannya secara persetujuan bersama.