FAM Jemput FIFA ke Malaysia
Liga Super
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) telah menghantar jemputan kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk hadir ke Malaysia pada April.

Perkara ini diumumkan menerusi siaran Media Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ke-10 bagi penggal 2021-2025.

Jemputan khas FAM ini bertujuan bagi sesi pemantauan, penilaian, teknologi dan pengiktirafan berkaitan Video Assistant Referee (VAR) yang bakal diaplikasikan di Liga Malaysia musim hadapan.

Advertisements

“FAM akan menjemput delegasi FIFA pada 17 hingga 22 April 2024 ke Malaysia bagi tujuan pemantauan, penilaian teknologi dan pengiktirafan,” tulis FAM di kenyataan media tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundram sebelum ini mengesahkan bakal menghantar sejumlah pengadil bagi menjalani sesi latihan VAR di bawah kendalian FIFA sendiri.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM pada Selasa, seramai hampir 50 orang pengadil telah berjaya menamatkan latihan VAR bersama FIFA.

Advertisements

“Seramai 21 orang Pengadil, 20 orang Penolong Pengadil dan 9 orang ‘Replay Referee’ telah selesai menjalani latihan VAR yang diiktiraf oleh FIFA.”

VAR merupakan satu penambahan positif yang dilakukan bagi menjadikan saingan Liga Malaysia musim 2024/2025 lebih menarik.

Liga Super Malaysia dijangka bakal memulakan aksi pada 10 Mei 2024 dengan beberapa pasukan kini sedang giat merekrut pemain dan melakukan persiapan rapi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram