FAM Masih Dengan Cara Zaman Firaun, Tiket Dijual Sehari Sebelum Perlawanan?
Blog
Advertisements

Tinggal lagi 7 hari sebelum perlawanan persahabatan Antarabangsa Malaysia bertemu Jordan di Bukit Jalil, akan tetapi tiket masih dengan cara kunonya, akan diumumkan penjualan sehari sebelum perlawanan.

Tiada pengumuman harga dan dimana untuk membuat pembelian, seolah-olah perlawanan ini tidak penting.

Rakyat Malaysia perlu dimaklumkan awal agar mereka boleh membuat perancangan 1 minggu lebih awal.

Advertisements

Kebiasaanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya akan mengumumkan penjualan tiket sehari sebelum perlawanan dan cara ini adalah cara paling kuno yang masih diamalkan di Malaysia.

Para pemain pula mendambakan sokongan Rakyat Malaysia untuk membantu mereka beraksi dengan lebih bersemangat.

Advertisements

Gambar oleh Kosmo

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram